RSS

About Me

My Photo
Mohd Zuhaidi Bin Mohd Yunus
Kg. Gajah, Perak, Malaysia
View my complete profile

Tuesday, June 5, 2012

10 Golongan... Minta Dijauhkan...

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Thursday, April 5, 2012

Kisah bau KASTURI dan ZINA

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Wednesday, April 4, 2012

Al-Fatihah

Fadhilat Al Fatihah

1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking - Isi gelas dengan s...edikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakan surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian, berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa - Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuh kedua tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata - Baca surah ini 41 kali sehabis solat subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkan ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh.
See More

Monday, January 30, 2012

Surah Al-kauthar


Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....
"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".
Surah Al-Kautsar

1. Verily, We have granted you (O Muhammad (Allah and His angels send blessings on him!) Al-Kauthar (a river in Paradise)
2. Therefore turn in prayer to your Lord and sacrifice  (to Him only).
3. For he who makes you angry (O Muhammad (Allah and His angels send blessings on him!)--he will be cut off (from every good thing in this world and in the Hereafter).

Surat Al Kauthar 108
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wednesday, December 14, 2011

Nadamurni

Antara kumpulan nasyid kegemaran.
Kalau dulu-dulu sampai boleh berkaca mata bila dengar...


Monday, December 5, 2011

Prasekolah

Konvokesyen Prasekolah Kakak (5 Tahun)




 Sekitar Majlis Konvokesyen PraSekolah Kakak (Nadiatul Jaizah) tahun 2011.


My Family

Me And My Family
 Cameron Highlands 2011

Pizza Hut, Teluk Intan

 Kg. Galang, Pulai Chondong

 Rose Valley, Cameron Highlands

Palace Golden Horses

Rancangan Pengajaran Tahunan

Renungan