Anak yang kedua. Anak yang ini mudah mesra dengan orang lain. Sampai kalau dah mesra dengan orang tak nak balik rumah. Memang susah sikit nak kawal tapi keletahnya sentiasa manja. Sangat pandai memujuk selepas mencubit atau menampar muka orang lain atau selepas buat salah. Taktik yang biasa digunakan ialah menangis sebelum kena marah.
Anak yang pertama. Panggilan nama 'Kakak'. Memang pemalu orangnya. Tapi bila tiada orang lain memang tak larat nak layan dia bercakap. Macam-macam soalan akan ditanya. Sampai tak tau nak jawab apa.